Total Pageviews

Tuesday, June 10, 2014

Resipi Chicken Pot Pie

Bismillah..

Assalammualaikum w.b.t..

   Setelah sekian lama buat pot pie ni, harini baru aku nak tulis dalam blog resipinya.. Aku busy ya amat amat amat amat sejak dua menjak ni.. Semalam baru balik rumah.. Esok lepas encik suami balik kerja, nak kena balik KL balik.. Tak sempat unpack baju dah kena repacking balik untuk esok.. MashaAllah penattt.... Tapi ku gagahi jua, inshaAllah.. Ok ok jom kite balik ke tajuk asal..

Jom tengok resipi Chicken Pot Pie!

Ini lah Chicken Pot Pie nye.. Sorry la, aku memang lemah betul bab-bab nak hias bagi nampak menyelerakan..

Ini pulak yang dah ditunjal-tunjal kepalanya (ehhhhhh???) jangan tanya kenapa makan dalam tray oven, sebab jawapan nya dah tak menyempat nak melantak.. Tak sanggup nak tunggu nak ambik pinggan apa bagai.. Aku dah teringin lama dah since last MIL buatkan dulu.. Yang atas tadi tu hubby punya kot.. Ehehehe =D

Resipi Chicken Pot Pie

Bahan-bahan :

1. Isi ayam bahagian dada - seketul setengah, rebuskan.
2. Cooking cream - 1 kotak kecil 
3. Fresh milk - 1 kotak kecil ( aku guna jenama good day)
4. Mixed vege - agak-agak je la
5. Mixed herbs - agak-agak jugak. Kalau ada dried thyme pakai dried thyme je.
6. Bawang holland - 1 biji potong dadu.
7. Batang celery - 1 batang potong serong. Jangan nipis or tebal sangat.
8. Pastry puff jenama kawan - bergantung pada berapa mangkuk korang nak buat.
9. Butter / margerine - 1 sudu besar untuk tumis bawang and sedikit untuk sapu kat mangkuk ramekin.
10. Kuning telur - 1biji
11. Garam - secukup rasa
12. Tepung jagung or tepung gandum - 1sudu besar. Dilute kan dengan air.
13. Kiub ayam - 1/2. Kalau takde pun takpe.

Cara-cara :

1. Rebus ayam sampai masak. Lepas dah masak, angkat and carikkan macam nak buat bihun sup tu.
Air rebusan tadi jangan buang ye.

2. Panaskan pan, letak butter / margerine. Bila dah cair letak bawang holland yang dah dipotong dadu tadi. Kacau sampai naik bau je. 

3. Masukkan mixed vege yang dah di defrost kan and batang celery. Kacau-kacau jap.

4. Pastu masukkan ayam, cooking cream, susu and 1/2 cawan air rebusan ayam tadi. Kacau-kacau lagi. Biar menggelegak sikit.

5. Campurkan dengan air tepung jagung / gandum tadi. Biar jadi pekat sikit. Sambil tu korang sapukan butter / margerine tu kat remekin siap2. Jangan lupa sapu kat bahagian atas (bibir ) remekin tu jugak ye.

6. Masukkan pulak mixed herbs / dried thyme, kiub ayam and garam secukup rasa. Tutup api, biarkan dulu.

7. Ambik pastry puff and canai kan bagi jadi nipis sikit. Sambil tu panas kan oven 180 degree celcius selama 20minit. 

8. Isi kan chicken cream tadi dalam remekin 2/3 penuh. Jangan penuh sangat sebab takut melimpah masa bakar. 

9. Pastu letak kan pastry puff tu kat atas remekin and tekan-tekan tepi tu guna garfu. Nanti tepi dia jadi bentuk ala-ala chicken pie beli kat kedai tu. 

10. Cucuk-cucuk sikit atas pastry puff tu pakai hujung pisau.

11. Sapu kuning telur kat atas.

12. Bakar dalam oven 200 degree celcius agak-agak dalam 40minit. Kalau warna pastry tu tak bertukar macam dalam gambar, tambah kan lagi masa. Siap! 


P/s : ni MIL yang ajar buat jugak.. Gigih la bawak pastry puff tu dari KL sebab cari kat sini takde.. Stress betul.. Pot pie ni sedap makan panas-panas and kena make sure pastry tu cukup masak,kalau tak dia akan jadi liat sikit. And sesuai sangat untuk minum petang di hujung minggu.. =D 
Selamat mencuba ye!



Tuesday, May 20, 2014

Housewife, Mr Perfect and Bla Bla Bla....

Bismillah..

Assalammualaikum wbt..

    Aku rasa macam dah lama je tak update blog ni kan.. Asyik konon-konon busy.. Bulan lepas je most of the time aku takde kat rumah sebab ikut Mr Perfect balik KL, gi family day kat Kedah.. Ohh gi family day tu boleh tahan syok.. Ehehehe.. Family day tu dari family ayah aku.. Even tak ramai tapi masih jugak best.. 

    Ok jom cite pasal jadi housewife.. Dulu masa student aku selalu berangan nak kawen, nak jadi full time housewife, nak sambut anak-anak and suami balik rumah.. Pastu makanan memang dah tersedia ada bila diorang sampai rumah.. Masa tu berangan je lebih kan.. Pastu nak jaga anak-anak sendiri and nak didik diorang sendiri.. Masa tu rasa macam tak mungkin je bole jadi full time housewife.. Tapi siapa sangka masa depan kita macam mana kan.. Takde apa pun yang mustahil sebenarnya..

    Masa study dulu aku ambik nursing course, so lepas aku habis blaja terusla aku keje dengan hospital tempat aku blaja dulu.. Sempat la keje nak dekat dua tahun.. Masa keje jugak la aku kenal Mr Perfect aku ni haaa... Ehehehehe.. Konon kawan je.. Lama-lama ke laut.. Lesson learnt, laki ngan pompuan takyah la berkawan sangat.. Ehhh??? Tapi alhamdulillah kenal Mr Perfect aku ni memang banyak perubahan yang ke arah positif aku dapat.. Aku dah tak nakal macam dulu kot masa dah kenal dia.. Ye ke ye ke? =p 

    Kitorang kenal tak sampai setahun pun sebenarnye, pastu terus plan nak bertunang and kahwin.. Masa tunang tu ada la jugak orang sok sek sok sek tanya kenapa cepat sangat nak kawen.. Macam aku tak tau je apa diorang fikir kan? Minded orang sekarang memang pandang benda yang halal and baik itu pelik and yang tak baik tu normal.. Contoh paling senang, bila tengok remaja couple,tu normal, tapi bile tengok remaja kawin, itu tak normal.. Sekarang ni dah akhir zaman.. Aku ingat lagi Mr Perfect aku cakap pasal kite kat akhir zaman ni bila nak mengamalkan agama ibarat genggam bara api..
 
    Aku pilih si Mr Perfect aku sebab banyak benda sebenarnya.. Sebab utamanya agama dia and aku nampak dia boleh bawak aku ke arah kebaikan and aku rasa aku boleh hormat dia.. aku taknak la bile kawen nanti aku tengking-tengking or marah-marah plus bebal kat suami aku.. tak pasal-pasal tak cium bau syurga nanti.. Huhuhu

    Sekarang ni dah nak dekat dua tahun kawen.. Alhamdulillah aku hepi sangat.. Semakin lama kawen aku nampak semakin banyak hikmah kenapa Allah swt tunjuk dia orangnya (melalui istikharah) and permudahkan jalan untuk kitorang kawen sedangkan mula-mula nak kawen tu memang banyakkkkkkkk sangatttttttt rintangannya.. Jangan ingat kitorang ni berkawan, bercinta pastu terus kawen.. Haaaa tak semudah tu tauuuu... Harap-haraplah kitorang kekal hingga ke jannah, inshaAllah.. 

    Patutnye pos macam ni aku pos masa nak dekat anniversary kitorang kan.. Ni kes terlebih excited nak menaip punya pasal la ni.. Ishhhh.. Nak cite pasal pengalaman jadi housewife tapi pi cite pasal kenal Mr Perfect pulak.. Ish ish... Malas la aku nak type pulak pasal jadi housewife ni.. Meleret je bile baca haa... Ok la nanti-nanti je la sambung lagi.. =)

Share gambar sikit! Ngeeeeee... 

                                     i love you inshaAllah till my last breath.. Ececeh jiwang... 

                Ignore je la meja yang brsepah tu.. Kitorang memang selekeh sikit.. =p

                                        Masa family day VCMSB kat Suria Cherating..

    Kalau lah Allah panjangkan umur kitorang, semoga kitorang jadi macam ni dah tua-tua nanti.. (Yang anjing tu anggap je la takde ye)




Wednesday, April 16, 2014

Resipi Ikan Tenggiri Masak Black Pepper

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum wbt..

   Setelah sekian lama tak menaip blog ni, akhirnya tergerak jugak hati nak taip resipi lagi. Harini aku penat gilos babos.. Hukhukhuk.. Punya la sakan mengemas and mengubah perabot kat bilik aku, bilik nabill and najmi, and dining.. Nak ubah katil pun macam nak pengsan.. Ni kan pulak nak kena mengangkut itu ini, ubah tempat itu ini and bla bla bla..... 

   Tapi aku rasa berbaloi la penat aku since aku memang dah lama nk menggubah2 ni ( semenjak along aku datang rumah and dia bagi macam-macam idea deco.. Hehehe ) Tq along ku.. =p

   Back to the topic, harini aku nak share resipi ikan tenggiri black pepper yang diwarisi oleh mak aku.. Ecececeh.... Tp mak aku guna daging.. Mr perfect aku ( hubby cum bos cum soulmate, ok ini semua poyo ) suka makan ikan and aku kerap masak ikan, so aku tukar jadi ikan black pepper.. Sangat senang nk buat sebenarnya.. Pakai campak2 je.. Jangan campak kuali tu sudah.. =p 

Resipi IKan Tenggiri Black Pepper


     
Bahan-bahan :

1. Ikan tenggiri - 2 keping. Kalau besar potong 4. ( aku potong 4 )
2. Kentang - 2 biji. Potong 8.
3. Carrot - ikut suka banyak mana, hiris tebal. ( aku guna 1/2 batang )
4. Capsicum / lada benggala - 1/4 biji . Hiriskan. ( taknak letak pun takpe )
5. Bawang besar - 2 1/2 biji
6. Bawang putih - 4 ulas
7. Halia - 1 inch
8. Minyak - 1 1/2 senduk untuk tumis + minyak untuk goreng ikan and kentang.
9. Sos tiram
10. Sos lada hitam
11. Kicap masin
12. Kicap manis
13. Serbuk lada hitam kasar
14. Air
15. Gula 
16. Serbuk kunyit
17. Garam


Cara-cara :

1. Mula-mula panaskan minyak. Pastu goreng kentang.
2. Sementara tunggu kentang tu empuk, gaul ikan dengan garam and serbuk kunyit.
3. Lepas kentang empuk, goreng ikan pulak.
4. Blend kan bawang 1 1/2 biji, halia and bawang putih sampai hancur. Campurkan air lebih kurang 1/4 cawan.
5. Lepas ikan da masak, kurangkan sikit minyak gorengan tadi sampai agak-agak tinggal 1 1/2 senduk. Tumis bahan blend tadi sampai naik bau.
6. Lepas tu masukkan sos tiram, sos lada hitam, kicap masin, kicap manis and black pepper kasar. Make sure sos tiram paling banyak, sos lada hitam kedua banyak, kicap masin and manis sikit je.. Korang pandai2 la agak eh.
7. Pastu masukkan air sikit nak bagi cair sikit je, agak-agak dalam 1/4 cawan. Masukkan carrot.
8. Tunggu sampai didih and pekat sikit,korang cuba rasa.. Kalau tak cukup masin tambah garam sikit je sebab sos and kicap tadi da masin. Pastu letak gula dalam 1/2 sudu kecil. Gaul sampai pekat lagi sikit. 
9. Lepas da pekat tu and rasa semua dah cukup, masuk kentang and ikan. Gaul-gaul bagi kuah meresap.
10. Pastu masukkan capsicum,biar kejap je, pastu masukkan bawang besar hiris bulat. Gaul-gaul terus angkat. Siappppp!!


Mr Perfect saya.. =) 


Sunday, January 5, 2014

Resipi Creamy Potato Gratin

Bismillah.. 

Assalammualikum wbt..

Harini jom buat potato gratin! Hehehe.. Sesuai sangat untuk potato lover ( macam suami saya) and cheese lover ( macam anak saya, nabill.. ) =D

Version potato gratin aku ni creamy and kena masak dulu potato tu sekejap.. Kat internet ada macam-macam cara masak potato gratin ni.. Aku mix and match kan dari resipi kat internet, mak mertua punya resipi and aku pakai tambah ikut suka hati.. Kehkehkeh...

Jom try!



Bahan-bahan : 

1. Russet potato - 5 biji

2. Butter / margerine - 1 1/2 sudu besar + untuk sapu kan kat mangkuk caserole

3. Fresh milk - 500 mls

4. Thickened cream - 250 mls

5. Black pepper kasar

6. Bawang holland - 1 biji

7. Bawang putih - 4 ulas

8. Mozarella cheese - lagi banyak lagi sedappppp

9. Mixed herbs - bole pakai fresh thyme / dried thyme jugak kalau ada. Aku takde thyme kat rumah, tu yang pakai mixed herbs je..

10. Garam

11. Cheddar slice (optional) 


Ini antara bahan-bahan yang digunakan.

Gambar 1 
Gambar 2, bawah 
Gambar 3, bawah 
Gambar 4, atas 
Gambar 5 


Cara-cara :

1. Kupas semua kentang, hiris macam dalam gambar 1, tak terlampau tebal atau nipis.

2. Cincang bawang putih, bawang holland potong dadu.

3. Parut mozarella cheese ikut suka nak berapa banyak.

4. Panaskan periuk, masukkan butter, elok je butter cair, terus masukkan bawang holland and bawang putih. Kacau sampai naik bau.

5. Masukkan kentang tadi, kacau jap, pastu masukkan fresh milk, black pepper dan mixed herbs. Kacaukan. Pastu biar dalam seminit macam tu. Api sederhana.

6. Masukkan thickened cream, kacau. 

7. Letak garam dalam 2 cubit. Kalau nak letak cheddar nanti, kurangkan garam sebab cheddar dah masin. 

8. Biarkan sampai didih. Jangan sampai kentang terlampau empuk sebab nanti nak bake lagi. Takut hancur. Agak-agak kentang masak sikit je, bole tutup api. 

9. Sementara tunggu didih tadi, sapukan butter kat mangkuk caserole and panaskan oven ke 200 degree celcius selama 10minit. Api atas bawah.

10. Masukkan bahan yang dah masak tadi dalam mangkuk caserole. Ratakan macam dalam gambar 4. 

11. Taburkan mozarella cheese kat atas tu, bakar api 180 degree celcius, api atas bawah, selama 30 minit. 

12. Last skali, baru masukkan cheddar yang dah di potong kecik2, tabur kat atas, bake lagi dalam 15minit atau sehingga bahagian atas tu jadi warna perang macam gambar mula-mula.

13. Agkat and siap!


Nabill excited sangat. Hehehe.



Yang warna kuning atas tu cheddar slice. =) 

* Potato gratin ni sebenarnya sedap buat side dish. Makan dengan roasted chicken and coleslow ke.. Memang best. Tapi aku tak larat la nak buat semua tu. =p 
Aku buat gratin ni untuk minum petang, pekena dengan ahmad's tea perisa peach and passion fruit. Ala-ala mat saleh gitu.. Heehehehe..

P/s lepas ni nak buat chicken pot pie pulak.. Mak mertua dah bg mangkuk ramekin tu, tapi tak pakai-pakai lagi sampai sekarang. Ish ish ish....

Saturday, January 4, 2014

Resipi : Daging Masak Merah ala Thai

Bismillah.. 
Assalammualaikum wbt.

Resipi Daging Masak Merah ala Thai



Bahan-bahan :

1. Daging - 1/2 kg, potong bentuk kiub sederhana besar.
2. Kobis bunga - sedikit ( kalau tak nak letak pun takpe)
3. Carrot - 1 batang, hiris serong
4. Cili api - 4 biji, belah dua. ( kalau nak extra pedas,bole tambah lagi )
5. Bawang putih - 3 ulas, ketuk / tetak
6. Bawang holland / kuning - 1/2 biji
7. Minyak masak
8. Cili kering blend - 1 1/2 sudu besar
9. Sos cili - lebih kurang 3-4 sudu besar
10. Sos tomato - lebih kurang 2 sudu besar
11. Sos tiram - lebih kurang 6 sudu besar


Gambar 1 : Bahan-bahan sebelum masak
Gambar 2 : Hirisan daging rebus
Gambar 3 : daging yang dah digoreng

Cara-cara :

1. Rebus daging yang dah potong kiub tu sampai agak-agak empuk and tak liat. 
2. Angkat daging tu, simpan air rebusan.
3. Hiris daging macam dalam gambar 2.
4. Panaskan minyak dalam kuali, bila minyak dah betul-betul panas, masukkan daging.
5. Kacau-kacau jap sampai la garing. Angkat, letak tepi.
6. Guna minyak yang sama, biar panas, lepas tu masukkan bawang putih yang dah diketuk sampai naik bau.
7. Masukkan cili kering blend. Masak sampai cili tu masak and garing.
8. Pastu masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato, cili api and last sekali carrot. Tambahkan air rebusan daging tadi tu dlm satu senduk kecil. Kacau.
9. Agak-agak kuah tu da pekat sikit,cuba rasa. Kalau x cukup masin bole tambah garam sikit. ( Selalunya masin dah cukup sebab letak sos tiram. Bole adjust rasa dengan tambah sos atau kalau masin sangat bole tambah air daging and biar pekat balik. )
10. Bila rasa semua dah ok, masukkan kobis bunga, gaul kejap pastu masukkan daging. Biar kan jap sampai kuah makin pekat and meresap dalam daging tu.
11. Last skali masukkan bawang holland yang dah dihiris kasar tadi.. Kacau kejap je and terus angkat supaya bawang tu maintain rangup.
12. Siap dah. 

* kalau nak warna cantik, korang bole lapik daun salad dalam mangkuk dulu pastu letak daging merah tu kat atas.. Bila da lama2, daun salad tu akan meresap kuah masak merah tu, memang sedap jadinya daun salad tu.. =)





Thursday, January 2, 2014

Resipi Grilled Dory with Lemon Sauce

Assalammualaikum wbt...

Hye hye!! Lama betul dah aku tak update blog ni.. Busy mencengkam jiwa.. Ecececehhhhh... Kepoyo-an terserlah sudah... =p

Okla jom kite back to the main purpose iaitu berkongsi resipi.. 


Gambar ni diambik masa dah makan half way sbb kami suami isteri kebuluran ketika itu.. So selekeh la sikit ye.. And yang tiba-tiba ada rambut gugur tu korang ignore je la eh.. ( gile selekeh ) huhuhuhuhu....
Gamba ni je yang ade.. Tak dapek nak nolong dah..

Grilled Dory with Lemon Sauce

Bahan-bahan A :

1. Dory fillet - 3 keping
(Aku guna frozen dory yang beli kat giant tu. kalau korang nak pakai frozen dory tu jugak, dinasihatkan keluarkan dory tu dari tempat beku ke bhgian sejuk biasa fridge korang semalaman.. Sbb kalau tak, lama nak kene tunggu dia defrost since si dory tak patut direndamkan sebab takut-takut si dory terkirai.. Dory itu sensitif u know... )
2. Black pepper yang dah ditumbuk kasar
3. Sea salt / salt biasa pun boleh
4. Flour / tepung gandum
5. Butter / margerine

Bahan-bahan B :

1. Lemon - 1/4, ambik juice sahaja. Kalau ade pati lemon tu ambik dalam 1 1/2 sudu teh
2. Fresh milk - 1/4 cawan
3. Butter / margerine - 2-3 sudu besar
3. Tepung jagung - 1 sudu besar

Cara-cara : 

1. Letak dory dalam pinggan pastu keringkan dengan tisu dapur. Pastu letak tepi.

2. Tabur garam sikit je, pastu tabur black pepper. 

3. Taburkan flour kat atas and bawah dory tu. salut ala kadar je, angkat n buang tepung yang berlebih dari dory tu.. Biar yang melekat tu je tinggal.. 

4. Bukak kuali pan n panaskan butter.. Hati-hati sebab butter cepat bertukar warna perang.. 

5. Sebelum butter tu cair sepenuhnye, masukkan dory yang dah kene salut dengan tepung tadi. Masak dengan api yang perlahan. Isi dory kat dalam tu agak lambat masak.. 

6. Terbalikkan bila da keperangan. Nak tau da masak ke belum,korang bole cucuk pakai garfu. Kalau isi dia wane putih betul-betul baru la da masak.

7. Lepas siap bole angkat.

Untuk Lemon Sauce : 

1. Guna Sauce pan, panaskan butter sampai cair.. Biar api perlahan takut butter hangit.

2. Masukkan juice lemon, pastu masukkan susu.

3. Kacau-kacau sampai sebati. Mula-mula nampak macam susu tu berketul macam santan pecah lemak tu,tp korang kacau je lagi.. Nanti dia akan larut betul-betul.

4. Dah agak-agak sebati tu,masukkan tepung jagung.. Kacau sampai jadi pekat sikit.. 

5. Tuang sauce tu kat atas dory pastu tabur sikit lada hitam sebagai hiasan.. Pastu siap!

* Bole hidangkan dengan brokoli celur campur carrot atau coleslow and kentang goreng or hashbrown..