Total Pageviews

Sunday, January 5, 2014

Resipi Creamy Potato Gratin

Bismillah.. 

Assalammualikum wbt..

Harini jom buat potato gratin! Hehehe.. Sesuai sangat untuk potato lover ( macam suami saya) and cheese lover ( macam anak saya, nabill.. ) =D

Version potato gratin aku ni creamy and kena masak dulu potato tu sekejap.. Kat internet ada macam-macam cara masak potato gratin ni.. Aku mix and match kan dari resipi kat internet, mak mertua punya resipi and aku pakai tambah ikut suka hati.. Kehkehkeh...

Jom try!



Bahan-bahan : 

1. Russet potato - 5 biji

2. Butter / margerine - 1 1/2 sudu besar + untuk sapu kan kat mangkuk caserole

3. Fresh milk - 500 mls

4. Thickened cream - 250 mls

5. Black pepper kasar

6. Bawang holland - 1 biji

7. Bawang putih - 4 ulas

8. Mozarella cheese - lagi banyak lagi sedappppp

9. Mixed herbs - bole pakai fresh thyme / dried thyme jugak kalau ada. Aku takde thyme kat rumah, tu yang pakai mixed herbs je..

10. Garam

11. Cheddar slice (optional) 


Ini antara bahan-bahan yang digunakan.

Gambar 1 
Gambar 2, bawah 
Gambar 3, bawah 
Gambar 4, atas 
Gambar 5 


Cara-cara :

1. Kupas semua kentang, hiris macam dalam gambar 1, tak terlampau tebal atau nipis.

2. Cincang bawang putih, bawang holland potong dadu.

3. Parut mozarella cheese ikut suka nak berapa banyak.

4. Panaskan periuk, masukkan butter, elok je butter cair, terus masukkan bawang holland and bawang putih. Kacau sampai naik bau.

5. Masukkan kentang tadi, kacau jap, pastu masukkan fresh milk, black pepper dan mixed herbs. Kacaukan. Pastu biar dalam seminit macam tu. Api sederhana.

6. Masukkan thickened cream, kacau. 

7. Letak garam dalam 2 cubit. Kalau nak letak cheddar nanti, kurangkan garam sebab cheddar dah masin. 

8. Biarkan sampai didih. Jangan sampai kentang terlampau empuk sebab nanti nak bake lagi. Takut hancur. Agak-agak kentang masak sikit je, bole tutup api. 

9. Sementara tunggu didih tadi, sapukan butter kat mangkuk caserole and panaskan oven ke 200 degree celcius selama 10minit. Api atas bawah.

10. Masukkan bahan yang dah masak tadi dalam mangkuk caserole. Ratakan macam dalam gambar 4. 

11. Taburkan mozarella cheese kat atas tu, bakar api 180 degree celcius, api atas bawah, selama 30 minit. 

12. Last skali, baru masukkan cheddar yang dah di potong kecik2, tabur kat atas, bake lagi dalam 15minit atau sehingga bahagian atas tu jadi warna perang macam gambar mula-mula.

13. Agkat and siap!


Nabill excited sangat. Hehehe.



Yang warna kuning atas tu cheddar slice. =) 

* Potato gratin ni sebenarnya sedap buat side dish. Makan dengan roasted chicken and coleslow ke.. Memang best. Tapi aku tak larat la nak buat semua tu. =p 
Aku buat gratin ni untuk minum petang, pekena dengan ahmad's tea perisa peach and passion fruit. Ala-ala mat saleh gitu.. Heehehehe..

P/s lepas ni nak buat chicken pot pie pulak.. Mak mertua dah bg mangkuk ramekin tu, tapi tak pakai-pakai lagi sampai sekarang. Ish ish ish....

Saturday, January 4, 2014

Resipi : Daging Masak Merah ala Thai

Bismillah.. 
Assalammualaikum wbt.

Resipi Daging Masak Merah ala Thai



Bahan-bahan :

1. Daging - 1/2 kg, potong bentuk kiub sederhana besar.
2. Kobis bunga - sedikit ( kalau tak nak letak pun takpe)
3. Carrot - 1 batang, hiris serong
4. Cili api - 4 biji, belah dua. ( kalau nak extra pedas,bole tambah lagi )
5. Bawang putih - 3 ulas, ketuk / tetak
6. Bawang holland / kuning - 1/2 biji
7. Minyak masak
8. Cili kering blend - 1 1/2 sudu besar
9. Sos cili - lebih kurang 3-4 sudu besar
10. Sos tomato - lebih kurang 2 sudu besar
11. Sos tiram - lebih kurang 6 sudu besar


Gambar 1 : Bahan-bahan sebelum masak
Gambar 2 : Hirisan daging rebus
Gambar 3 : daging yang dah digoreng

Cara-cara :

1. Rebus daging yang dah potong kiub tu sampai agak-agak empuk and tak liat. 
2. Angkat daging tu, simpan air rebusan.
3. Hiris daging macam dalam gambar 2.
4. Panaskan minyak dalam kuali, bila minyak dah betul-betul panas, masukkan daging.
5. Kacau-kacau jap sampai la garing. Angkat, letak tepi.
6. Guna minyak yang sama, biar panas, lepas tu masukkan bawang putih yang dah diketuk sampai naik bau.
7. Masukkan cili kering blend. Masak sampai cili tu masak and garing.
8. Pastu masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato, cili api and last sekali carrot. Tambahkan air rebusan daging tadi tu dlm satu senduk kecil. Kacau.
9. Agak-agak kuah tu da pekat sikit,cuba rasa. Kalau x cukup masin bole tambah garam sikit. ( Selalunya masin dah cukup sebab letak sos tiram. Bole adjust rasa dengan tambah sos atau kalau masin sangat bole tambah air daging and biar pekat balik. )
10. Bila rasa semua dah ok, masukkan kobis bunga, gaul kejap pastu masukkan daging. Biar kan jap sampai kuah makin pekat and meresap dalam daging tu.
11. Last skali masukkan bawang holland yang dah dihiris kasar tadi.. Kacau kejap je and terus angkat supaya bawang tu maintain rangup.
12. Siap dah. 

* kalau nak warna cantik, korang bole lapik daun salad dalam mangkuk dulu pastu letak daging merah tu kat atas.. Bila da lama2, daun salad tu akan meresap kuah masak merah tu, memang sedap jadinya daun salad tu.. =)





Thursday, January 2, 2014

Resipi Grilled Dory with Lemon Sauce

Assalammualaikum wbt...

Hye hye!! Lama betul dah aku tak update blog ni.. Busy mencengkam jiwa.. Ecececehhhhh... Kepoyo-an terserlah sudah... =p

Okla jom kite back to the main purpose iaitu berkongsi resipi.. 


Gambar ni diambik masa dah makan half way sbb kami suami isteri kebuluran ketika itu.. So selekeh la sikit ye.. And yang tiba-tiba ada rambut gugur tu korang ignore je la eh.. ( gile selekeh ) huhuhuhuhu....
Gamba ni je yang ade.. Tak dapek nak nolong dah..

Grilled Dory with Lemon Sauce

Bahan-bahan A :

1. Dory fillet - 3 keping
(Aku guna frozen dory yang beli kat giant tu. kalau korang nak pakai frozen dory tu jugak, dinasihatkan keluarkan dory tu dari tempat beku ke bhgian sejuk biasa fridge korang semalaman.. Sbb kalau tak, lama nak kene tunggu dia defrost since si dory tak patut direndamkan sebab takut-takut si dory terkirai.. Dory itu sensitif u know... )
2. Black pepper yang dah ditumbuk kasar
3. Sea salt / salt biasa pun boleh
4. Flour / tepung gandum
5. Butter / margerine

Bahan-bahan B :

1. Lemon - 1/4, ambik juice sahaja. Kalau ade pati lemon tu ambik dalam 1 1/2 sudu teh
2. Fresh milk - 1/4 cawan
3. Butter / margerine - 2-3 sudu besar
3. Tepung jagung - 1 sudu besar

Cara-cara : 

1. Letak dory dalam pinggan pastu keringkan dengan tisu dapur. Pastu letak tepi.

2. Tabur garam sikit je, pastu tabur black pepper. 

3. Taburkan flour kat atas and bawah dory tu. salut ala kadar je, angkat n buang tepung yang berlebih dari dory tu.. Biar yang melekat tu je tinggal.. 

4. Bukak kuali pan n panaskan butter.. Hati-hati sebab butter cepat bertukar warna perang.. 

5. Sebelum butter tu cair sepenuhnye, masukkan dory yang dah kene salut dengan tepung tadi. Masak dengan api yang perlahan. Isi dory kat dalam tu agak lambat masak.. 

6. Terbalikkan bila da keperangan. Nak tau da masak ke belum,korang bole cucuk pakai garfu. Kalau isi dia wane putih betul-betul baru la da masak.

7. Lepas siap bole angkat.

Untuk Lemon Sauce : 

1. Guna Sauce pan, panaskan butter sampai cair.. Biar api perlahan takut butter hangit.

2. Masukkan juice lemon, pastu masukkan susu.

3. Kacau-kacau sampai sebati. Mula-mula nampak macam susu tu berketul macam santan pecah lemak tu,tp korang kacau je lagi.. Nanti dia akan larut betul-betul.

4. Dah agak-agak sebati tu,masukkan tepung jagung.. Kacau sampai jadi pekat sikit.. 

5. Tuang sauce tu kat atas dory pastu tabur sikit lada hitam sebagai hiasan.. Pastu siap!

* Bole hidangkan dengan brokoli celur campur carrot atau coleslow and kentang goreng or hashbrown..