Total Pageviews

Saturday, January 4, 2014

Resipi : Daging Masak Merah ala Thai

Bismillah.. 
Assalammualaikum wbt.

Resipi Daging Masak Merah ala Thai



Bahan-bahan :

1. Daging - 1/2 kg, potong bentuk kiub sederhana besar.
2. Kobis bunga - sedikit ( kalau tak nak letak pun takpe)
3. Carrot - 1 batang, hiris serong
4. Cili api - 4 biji, belah dua. ( kalau nak extra pedas,bole tambah lagi )
5. Bawang putih - 3 ulas, ketuk / tetak
6. Bawang holland / kuning - 1/2 biji
7. Minyak masak
8. Cili kering blend - 1 1/2 sudu besar
9. Sos cili - lebih kurang 3-4 sudu besar
10. Sos tomato - lebih kurang 2 sudu besar
11. Sos tiram - lebih kurang 6 sudu besar


Gambar 1 : Bahan-bahan sebelum masak
Gambar 2 : Hirisan daging rebus
Gambar 3 : daging yang dah digoreng

Cara-cara :

1. Rebus daging yang dah potong kiub tu sampai agak-agak empuk and tak liat. 
2. Angkat daging tu, simpan air rebusan.
3. Hiris daging macam dalam gambar 2.
4. Panaskan minyak dalam kuali, bila minyak dah betul-betul panas, masukkan daging.
5. Kacau-kacau jap sampai la garing. Angkat, letak tepi.
6. Guna minyak yang sama, biar panas, lepas tu masukkan bawang putih yang dah diketuk sampai naik bau.
7. Masukkan cili kering blend. Masak sampai cili tu masak and garing.
8. Pastu masukkan sos cili, sos tiram, sos tomato, cili api and last sekali carrot. Tambahkan air rebusan daging tadi tu dlm satu senduk kecil. Kacau.
9. Agak-agak kuah tu da pekat sikit,cuba rasa. Kalau x cukup masin bole tambah garam sikit. ( Selalunya masin dah cukup sebab letak sos tiram. Bole adjust rasa dengan tambah sos atau kalau masin sangat bole tambah air daging and biar pekat balik. )
10. Bila rasa semua dah ok, masukkan kobis bunga, gaul kejap pastu masukkan daging. Biar kan jap sampai kuah makin pekat and meresap dalam daging tu.
11. Last skali masukkan bawang holland yang dah dihiris kasar tadi.. Kacau kejap je and terus angkat supaya bawang tu maintain rangup.
12. Siap dah. 

* kalau nak warna cantik, korang bole lapik daun salad dalam mangkuk dulu pastu letak daging merah tu kat atas.. Bila da lama2, daun salad tu akan meresap kuah masak merah tu, memang sedap jadinya daun salad tu.. =)





2 comments:

  1. x thu puan lela da blog..x rodger pun...hikhik

    ReplyDelete
  2. Cekodok2 xada ke?

    ReplyDelete