Total Pageviews

Thursday, January 2, 2014

Resipi Grilled Dory with Lemon Sauce

Assalammualaikum wbt...

Hye hye!! Lama betul dah aku tak update blog ni.. Busy mencengkam jiwa.. Ecececehhhhh... Kepoyo-an terserlah sudah... =p

Okla jom kite back to the main purpose iaitu berkongsi resipi.. 


Gambar ni diambik masa dah makan half way sbb kami suami isteri kebuluran ketika itu.. So selekeh la sikit ye.. And yang tiba-tiba ada rambut gugur tu korang ignore je la eh.. ( gile selekeh ) huhuhuhuhu....
Gamba ni je yang ade.. Tak dapek nak nolong dah..

Grilled Dory with Lemon Sauce

Bahan-bahan A :

1. Dory fillet - 3 keping
(Aku guna frozen dory yang beli kat giant tu. kalau korang nak pakai frozen dory tu jugak, dinasihatkan keluarkan dory tu dari tempat beku ke bhgian sejuk biasa fridge korang semalaman.. Sbb kalau tak, lama nak kene tunggu dia defrost since si dory tak patut direndamkan sebab takut-takut si dory terkirai.. Dory itu sensitif u know... )
2. Black pepper yang dah ditumbuk kasar
3. Sea salt / salt biasa pun boleh
4. Flour / tepung gandum
5. Butter / margerine

Bahan-bahan B :

1. Lemon - 1/4, ambik juice sahaja. Kalau ade pati lemon tu ambik dalam 1 1/2 sudu teh
2. Fresh milk - 1/4 cawan
3. Butter / margerine - 2-3 sudu besar
3. Tepung jagung - 1 sudu besar

Cara-cara : 

1. Letak dory dalam pinggan pastu keringkan dengan tisu dapur. Pastu letak tepi.

2. Tabur garam sikit je, pastu tabur black pepper. 

3. Taburkan flour kat atas and bawah dory tu. salut ala kadar je, angkat n buang tepung yang berlebih dari dory tu.. Biar yang melekat tu je tinggal.. 

4. Bukak kuali pan n panaskan butter.. Hati-hati sebab butter cepat bertukar warna perang.. 

5. Sebelum butter tu cair sepenuhnye, masukkan dory yang dah kene salut dengan tepung tadi. Masak dengan api yang perlahan. Isi dory kat dalam tu agak lambat masak.. 

6. Terbalikkan bila da keperangan. Nak tau da masak ke belum,korang bole cucuk pakai garfu. Kalau isi dia wane putih betul-betul baru la da masak.

7. Lepas siap bole angkat.

Untuk Lemon Sauce : 

1. Guna Sauce pan, panaskan butter sampai cair.. Biar api perlahan takut butter hangit.

2. Masukkan juice lemon, pastu masukkan susu.

3. Kacau-kacau sampai sebati. Mula-mula nampak macam susu tu berketul macam santan pecah lemak tu,tp korang kacau je lagi.. Nanti dia akan larut betul-betul.

4. Dah agak-agak sebati tu,masukkan tepung jagung.. Kacau sampai jadi pekat sikit.. 

5. Tuang sauce tu kat atas dory pastu tabur sikit lada hitam sebagai hiasan.. Pastu siap!

* Bole hidangkan dengan brokoli celur campur carrot atau coleslow and kentang goreng or hashbrown.. 


3 comments:

  1. mcm x sedap je hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Mmg xde la sedap sgt pn.. Tp syukur masih boleh diterima and kami makan dgn gembira.. =)

      Delete