Total Pageviews

Wednesday, April 16, 2014

Resipi Ikan Tenggiri Masak Black Pepper

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalammualaikum wbt..

   Setelah sekian lama tak menaip blog ni, akhirnya tergerak jugak hati nak taip resipi lagi. Harini aku penat gilos babos.. Hukhukhuk.. Punya la sakan mengemas and mengubah perabot kat bilik aku, bilik nabill and najmi, and dining.. Nak ubah katil pun macam nak pengsan.. Ni kan pulak nak kena mengangkut itu ini, ubah tempat itu ini and bla bla bla..... 

   Tapi aku rasa berbaloi la penat aku since aku memang dah lama nk menggubah2 ni ( semenjak along aku datang rumah and dia bagi macam-macam idea deco.. Hehehe ) Tq along ku.. =p

   Back to the topic, harini aku nak share resipi ikan tenggiri black pepper yang diwarisi oleh mak aku.. Ecececeh.... Tp mak aku guna daging.. Mr perfect aku ( hubby cum bos cum soulmate, ok ini semua poyo ) suka makan ikan and aku kerap masak ikan, so aku tukar jadi ikan black pepper.. Sangat senang nk buat sebenarnya.. Pakai campak2 je.. Jangan campak kuali tu sudah.. =p 

Resipi IKan Tenggiri Black Pepper


     
Bahan-bahan :

1. Ikan tenggiri - 2 keping. Kalau besar potong 4. ( aku potong 4 )
2. Kentang - 2 biji. Potong 8.
3. Carrot - ikut suka banyak mana, hiris tebal. ( aku guna 1/2 batang )
4. Capsicum / lada benggala - 1/4 biji . Hiriskan. ( taknak letak pun takpe )
5. Bawang besar - 2 1/2 biji
6. Bawang putih - 4 ulas
7. Halia - 1 inch
8. Minyak - 1 1/2 senduk untuk tumis + minyak untuk goreng ikan and kentang.
9. Sos tiram
10. Sos lada hitam
11. Kicap masin
12. Kicap manis
13. Serbuk lada hitam kasar
14. Air
15. Gula 
16. Serbuk kunyit
17. Garam


Cara-cara :

1. Mula-mula panaskan minyak. Pastu goreng kentang.
2. Sementara tunggu kentang tu empuk, gaul ikan dengan garam and serbuk kunyit.
3. Lepas kentang empuk, goreng ikan pulak.
4. Blend kan bawang 1 1/2 biji, halia and bawang putih sampai hancur. Campurkan air lebih kurang 1/4 cawan.
5. Lepas ikan da masak, kurangkan sikit minyak gorengan tadi sampai agak-agak tinggal 1 1/2 senduk. Tumis bahan blend tadi sampai naik bau.
6. Lepas tu masukkan sos tiram, sos lada hitam, kicap masin, kicap manis and black pepper kasar. Make sure sos tiram paling banyak, sos lada hitam kedua banyak, kicap masin and manis sikit je.. Korang pandai2 la agak eh.
7. Pastu masukkan air sikit nak bagi cair sikit je, agak-agak dalam 1/4 cawan. Masukkan carrot.
8. Tunggu sampai didih and pekat sikit,korang cuba rasa.. Kalau tak cukup masin tambah garam sikit je sebab sos and kicap tadi da masin. Pastu letak gula dalam 1/2 sudu kecil. Gaul sampai pekat lagi sikit. 
9. Lepas da pekat tu and rasa semua dah cukup, masuk kentang and ikan. Gaul-gaul bagi kuah meresap.
10. Pastu masukkan capsicum,biar kejap je, pastu masukkan bawang besar hiris bulat. Gaul-gaul terus angkat. Siappppp!!


Mr Perfect saya.. =) 


No comments:

Post a Comment