Total Pageviews

Tuesday, June 10, 2014

Resipi Chicken Pot Pie

Bismillah..

Assalammualaikum w.b.t..

   Setelah sekian lama buat pot pie ni, harini baru aku nak tulis dalam blog resipinya.. Aku busy ya amat amat amat amat sejak dua menjak ni.. Semalam baru balik rumah.. Esok lepas encik suami balik kerja, nak kena balik KL balik.. Tak sempat unpack baju dah kena repacking balik untuk esok.. MashaAllah penattt.... Tapi ku gagahi jua, inshaAllah.. Ok ok jom kite balik ke tajuk asal..

Jom tengok resipi Chicken Pot Pie!

Ini lah Chicken Pot Pie nye.. Sorry la, aku memang lemah betul bab-bab nak hias bagi nampak menyelerakan..

Ini pulak yang dah ditunjal-tunjal kepalanya (ehhhhhh???) jangan tanya kenapa makan dalam tray oven, sebab jawapan nya dah tak menyempat nak melantak.. Tak sanggup nak tunggu nak ambik pinggan apa bagai.. Aku dah teringin lama dah since last MIL buatkan dulu.. Yang atas tadi tu hubby punya kot.. Ehehehe =D

Resipi Chicken Pot Pie

Bahan-bahan :

1. Isi ayam bahagian dada - seketul setengah, rebuskan.
2. Cooking cream - 1 kotak kecil 
3. Fresh milk - 1 kotak kecil ( aku guna jenama good day)
4. Mixed vege - agak-agak je la
5. Mixed herbs - agak-agak jugak. Kalau ada dried thyme pakai dried thyme je.
6. Bawang holland - 1 biji potong dadu.
7. Batang celery - 1 batang potong serong. Jangan nipis or tebal sangat.
8. Pastry puff jenama kawan - bergantung pada berapa mangkuk korang nak buat.
9. Butter / margerine - 1 sudu besar untuk tumis bawang and sedikit untuk sapu kat mangkuk ramekin.
10. Kuning telur - 1biji
11. Garam - secukup rasa
12. Tepung jagung or tepung gandum - 1sudu besar. Dilute kan dengan air.
13. Kiub ayam - 1/2. Kalau takde pun takpe.

Cara-cara :

1. Rebus ayam sampai masak. Lepas dah masak, angkat and carikkan macam nak buat bihun sup tu.
Air rebusan tadi jangan buang ye.

2. Panaskan pan, letak butter / margerine. Bila dah cair letak bawang holland yang dah dipotong dadu tadi. Kacau sampai naik bau je. 

3. Masukkan mixed vege yang dah di defrost kan and batang celery. Kacau-kacau jap.

4. Pastu masukkan ayam, cooking cream, susu and 1/2 cawan air rebusan ayam tadi. Kacau-kacau lagi. Biar menggelegak sikit.

5. Campurkan dengan air tepung jagung / gandum tadi. Biar jadi pekat sikit. Sambil tu korang sapukan butter / margerine tu kat remekin siap2. Jangan lupa sapu kat bahagian atas (bibir ) remekin tu jugak ye.

6. Masukkan pulak mixed herbs / dried thyme, kiub ayam and garam secukup rasa. Tutup api, biarkan dulu.

7. Ambik pastry puff and canai kan bagi jadi nipis sikit. Sambil tu panas kan oven 180 degree celcius selama 20minit. 

8. Isi kan chicken cream tadi dalam remekin 2/3 penuh. Jangan penuh sangat sebab takut melimpah masa bakar. 

9. Pastu letak kan pastry puff tu kat atas remekin and tekan-tekan tepi tu guna garfu. Nanti tepi dia jadi bentuk ala-ala chicken pie beli kat kedai tu. 

10. Cucuk-cucuk sikit atas pastry puff tu pakai hujung pisau.

11. Sapu kuning telur kat atas.

12. Bakar dalam oven 200 degree celcius agak-agak dalam 40minit. Kalau warna pastry tu tak bertukar macam dalam gambar, tambah kan lagi masa. Siap! 


P/s : ni MIL yang ajar buat jugak.. Gigih la bawak pastry puff tu dari KL sebab cari kat sini takde.. Stress betul.. Pot pie ni sedap makan panas-panas and kena make sure pastry tu cukup masak,kalau tak dia akan jadi liat sikit. And sesuai sangat untuk minum petang di hujung minggu.. =D 
Selamat mencuba ye!